Sabtu, 12 Januari 2013

PERSAHABATAN




Sahabat adalah keperluan
jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau
taburi dengan kasih dan kau
tuai dengan penuh rasa
terima kasih.

Dan dia pulalah naungan
dan pendianganmu.
Kerana kau
menghampirinya saat hati
lupa dan mencarinya saat
jiwa mahu kedamaian.

Bila dia berbicara,
mengungkapkan fikirannya,
kau tiada takut
membisikkan kata “Tidak” di
kalbumu sendiri, pun tiada
kau menyembunyikan kata
“Ya”.
Dan bilamana dia
diam,hatimu berhenti dari
mendengar hatinya; kerana
tanpa ungkapan kata, dalam
persahabatan, segala fikiran,
hasrat,dan keinginan
dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan
kegembiraan tiada
terkirakan.

Di kala berpisah dengan
sahabat, tiadalah kau
berdukacita;
Kerana yang paling kau
kasihi dalam dirinya,
mungkin kau nampak lebih
jelas dalam ketiadaannya,
bagai sebuah gunung bagi
seorang pendaki, nampak
lebih agung daripada tanah
ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari
persahabatan kecuali saling
memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari
sesuatu di luar jangkauan
misterinya, bukanlah cinta ,
tetapi sebuah jala yang
ditebarkan: hanya
menangkap yang tiada
diharapkan.

Dan persembahkanlah yang
terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim
surutmu, biarlah dia
mengenali pula musim
pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa
mencarinya, untuk sekadar
bersama dalam membunuh
waktu?

Carilah ia untuk bersama
menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa
mengisi kekuranganmu,
bukan mengisi
kekosonganmu.
Dan dalam manisnya
persahabatan, biarkanlah
ada tawa ria dan berkongsi
kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil
embun pagi, hati manusia
menemui fajar dan ghairah
segar kehidupan.

Karya:Khalil Gibran

0 komentar:

Posting Komentar